3 Haiwan Yang Dipilih Bagi Projek Sains Ialah:
1) Gajah Afrika
2) Kuda Belang
3) Burung Helang.
1) a) Nama Haiwan: Gajah Afrika
b) Gajah Afrika berasal dari benua Afrika.
Terdapat dua spesis gajah di benua Afrika. Gajah savana Afrika adalah lebih besar dengan gading yang melengkung manakala gajah hutan Afrika pula lebih gelap dan kecil. Walaupun berbeza spesis, kedua-duanya kini dikategorikan sebagai terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCM).
Gajah savana Afrika dikategorikan sebagai terancam sahaja manakala gajah hutan Afrika pula dikategorikan sebagai terancam kritikal kerana pemburuan haram. Populasi gajah savana didapati telah menyusut sebanyak 50% dalam masa tiga generasi (75 tahun). Situasi lebih kritikal untuk gajah hutan Afrika kerana populasi telah menyusut 80% dalam masa tiga generasi (93 tahun). Yang lebih merisaukan ialah IUCM mengatakan data mereka sebenarnya lebih optimis dari situasi sebenar kerana kesukaran untuk mengagak jumlah populasi gajah-gajah Afrika di dunia sebenar.
Sementara itu gajah Asia juga berkongsi nasib dengan gajah savana Afrika kerana populasi menyusut sebanyak 50% dalam masa 75 tahun. Ia telahpun pupus di Syria, Iraq dan kepulauan Jawa. Di negara kita pula kerap dilaporkan insiden gajah dibunuh di Sabah dan gajah dilanggar di Kelantan kerana cuba melintas jalan.
c) Cara Gajah mengekalkan spesis:Gajah mengekalkan spesisnya dengan cara beranak.
d) Kepentingan haiwan mengekalkan kemandirian spesis: haiwan seperti gajah akan hidup berkumpulan untuk memastikan anak mereka selamat daripada diburu oleh pihak musuh.
e) Jika Gajah Afrika tidak dapat mengekalkan spesisnya, Gajah Afrika akan pupus sekiranya terancam.
2) a) Nama Haiwan: Kuda Belang
b) Kuda belang, kuda loreng atau zebra yang berasal dari Afrika Tengah dan Selatan yang mana kesemua spesies dalam subgenus ini mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan belang sendeng ke arah bahagian belakang .
Kuda belang juga ialah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia, Somalia, dan utara Kenya.
c) Cara Kuda Belang Mengekalkan Spesis: Kuda belang mengekalkan spesisnya dengan cara beranak.
d) Kepentingan haiwan mengekalkan kemandirian spesis:
(i)Hidup secara berkumpulan. Kuda Belang dewasa akan bersama-sama melindungi anaknya yang masih kecil.
(ii)Penyamaran.
(a) Belang yang menegak boleh membantu kuda belang sembunyi pada rumput dengan menganggu garisan luarannya. Di samping itu, walaupun pada jarak yang sederhana, penjaluran yang menarik bergabung kepada warna kelabu yang jelas.
(b)Belang boleh membantu untuk mengelirukan pemangsa oleh gerakan mengagumkan sekumpulan kuda belang berdiri atau bergerak rapat bersama-sama boleh muncul sebagai satu jisim besar jalur kelipan, menjadikannya lebih sukar bagi singa untuk memilih sasaran.
e) Kuda belang akan pupus sekiranya terancam.
3) a) BURUNG HELANG:
.jpeg)
.jpeg)
b) Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu qpelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.
Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
c) Cara Burung Helang Mengekalkan Spesis:Burung Helang mengekalkan spesisnya dengan cara bertelur.
d) Kepentingan haiwan mengekalkan kemandirian spesis: Burung Helang mengekalkan kemandirian spesis dengan cara
i) Menjaga dan melindungi telur dan anaknya sepanjang masa.
ii) Bertelur dengan banyak
e) Burung Helang Akan pupus sekiranya tidak dapat mengekalkan kemandirian spesisnya.